If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let
itself be boiled to death. We too, will not survive if we don't respond to the
radical way in which the world is changing" Charles Handy...
Pernyataan ini menunjukkan jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku yang sentiasa menekan diri sendiri, kita akan mati. Ini
menggambarkan keadaan di sekolah yang perlu menangani kehendak masyarakat.
Soalannya apakah perubahan pada hari ini yang memerlukan warga sekolah
berubah? Adakah sekolah anda memastikan perkara ini berlaku sekiranya anda
seorang pemimpin sekolah?
Jawapan :
Pada pendapat saya, sekolah memang perlu membuat perubahan mengikut keperluan dan perubahan globalisasi. Saya teringat kata-kata dari Micheal Fullan (1992) yang mengatakan bahawa "although all change is not improvement, all improvement involves change". Ini menunjukkan bahawa untuk membuat penambahbaikan sesebuah sekolah sememangnya perlu membuat perubahan terlebih dahulu.
Perubahan semasa yang saya maksudkan di sini adalah seperti keperluan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (p & p), kemudahan penggunaan internet di bilik darjah, membina hubungan dengan sekolah lain di peringkat antarabangsa, penggunaan laptop atau IPad dalam kalangan pelajar dan sebagainya.
Saya berpendapat bahawa guru-guru perlu berubah untuk menjadi lebih kreatif terutama dalam p&p. Para pelajar pada hari ini tidak lagi gemar mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Mereka mudah merasa bosan dan mengantuk di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya guru mengubah cara pengajaran. Salah satu cara adalah guru tidak lagi mengajar sebaliknya meminta pelajar pula yang menyampaikan pengajaran. Pelajar perlu memahami dan membuat rujukan terlebih dahulu tentang topik yang hendak disampaikan. Pelajar perlu memastikan rakan-rakannya mendapat apa yang ingin disampaikan. Guru pula bertindak sebagai pemudah cara dan memperbetulkan konsep yang salah. Untuk menjayakan langkah ini, guru mestilah lebih terbuka dan mempercayai bahawa pelajar mampu melakukannya.
Saya juga berpendapat bahawa seorang pendidik seharusnya up to date dengan teknologi terkini atau sekurang-kurangnya mahir dalam penggunaan komputer dan software. Guru tidak sepatutnya mengatakan bahawa dia tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer. Kemahiran menggunakan komputer dan internet dapat membantu guru membuka minda mereka terhadap dunia luar yang serba mencabar.
Selain daripada itu, saya juga merasakan bahawa guru perlu mengubah sikap mereka yang lebih mementingkan pencapaian kelas masing-masing dan kurang perasaan ingin berkongsi dengan orang lain (sharing). Sesungguhnya, perkongsian ilmu itu memberi manafaat kepada ramai orang dan sangat dituntut oleh agama Islam.
JIka saya merupakan pemimpin sekolah, perubahan-perubahan seperti inilah yang saya akan laksanakan.Namun begitu, perubahan-perubahan ini tidaklah dilakukan secara drastik. Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan guru-guru menerima rasional perubahan yang ingin saya laksanakan.
Thursday, 18 April 2013
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?
Pada pendapat saya, sekolah berkesan tidak tertakluk kepada sekolah yang dapat mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang sahaja. Jika sebuah sekolah dapat mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajarnya, ia juga boleh dianggap sebagai sekolah berkesan. Mengikut model keberkesanan yang dicadangkan oleh Mortimore, terdapat 11 ciri yang perlu dikaji untuk menentukan keberkesanan sekolah iaitu :
8. Memantau kemajuan
Sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur.
9. Hak dan tanggungjawab pelajar
Sekolah berkesan juga menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
10. Hubungan rumah-sekolah
Hubungan rumah-sekolah juga sangat penting bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
11. Organisasi Pembelajaran
Sekolah-sekolah berkesan juga mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional.
Pada pendapat saya, penambahbaikan sekolah bermakna sebarang perubahan yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan keberkesanan sekolah. Perubahan yang dilakukan itu mestilah lebih baik daripada yang sedia ada. Selain daripada itu, perubahan yang ingin dilaksanakan itu juga mestilah dipersetujui oleh semua warga sekolah dengan pertimbangan yang rasional daripada semua pihak. Keputusan untuk melaksanakan perubahan mestilah dibuat secara bermusyawarah dan bukan keputusan seseorang individu.
1. Kepemimpinan profesional
Ciri ini melihat tentang kepimpinan pengetua sama ada mempunyai visi dan matlamat untuk memajukan sekolah, mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggung jawab, melibatkan guru dalam membuat keputusan, memantau kemajuan pelajar, merancang strategi kurikulum, membantu amalan dan kualiti pembelajaran.
2. Perkongsian wawasan dan tujuan
Ciri ini melihat sama ada semua warga sekolah mempunyai visi dan matlamat sekolah yang sama dan bagaimana sekolah dapat berfungsi dengan baik. Selain daripada itu, sekolah juga mengamalkan kepiawaian disiplin dan guru-guru menjadi model contoh.

3. Persekitaran pembelajaran
Ciri ini menunjukkan iklim sekolah yang baik, menarik, tenang dan harmonis memberi pengaruh yang besar kepada pembelajaran berkesan. Disiplin kendiri para pelajar juga menjadi pra syarat kepada pembelajaran berkesan.

4. Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Ciri ini menunjukkan bahawa tujuan utama sekolah adalah pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. sSkolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
5. Pengajaran yang bertujuan
Kualiti pengajaran dan guru yang berkualiti merupakan inti pati kepada sekolah berkesan.
Dalam konteks pengajaran bertujuan, organisasi yang efisien dan mempunyai tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel merupakan ciri yang penting bagi sekolah berkesan.
6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi terhadap murid-murid. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya.
7. Pengukuhan yang positif
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil.
Ciri ini menunjukkan bahawa tujuan utama sekolah adalah pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. sSkolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
5. Pengajaran yang bertujuan
Kualiti pengajaran dan guru yang berkualiti merupakan inti pati kepada sekolah berkesan.
Dalam konteks pengajaran bertujuan, organisasi yang efisien dan mempunyai tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel merupakan ciri yang penting bagi sekolah berkesan.
6. Jangkaan kejayaan yang tinggi
Ciri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi terhadap murid-murid. Guru didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya.
7. Pengukuhan yang positif
Mortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil.
8. Memantau kemajuan
Sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur.
9. Hak dan tanggungjawab pelajar
Sekolah berkesan juga menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.
10. Hubungan rumah-sekolah
Hubungan rumah-sekolah juga sangat penting bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.
11. Organisasi Pembelajaran
Sekolah-sekolah berkesan juga mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional.
Jenis sekolah mengikut keberkesanan dan peningkatan
Tipologi Budaya
Sekolah telah diperkenalkan oleh Stoll dan Fink pada tahun 1996 yang memberi
fokus kepada keberkesanan semasa sesebuah sekolah. Mereka juga menyatakan
bahawa perubahan pesat yang dilakukan sesebuah sekolah berkesan menjadi lebih baik
atau lebih teruk. Kedua-dua konsep ini membolehkan budaya sekolah dinilai dalam
dua dimensi iaitu berkesan-tidak berkesan, dan meningkat-merosot seperti yang digambarkan
dalam rajah di bawah.
Meningkat Merosot
Berkesan Bergerak Mengekal prestasi
(moving) (cruising)
Berkembang dengan sederhana
(strolling)
Tidak berkesan Merangkak Tenggelam
(struggling) (sinking)
Bergerak
Meningkat Merosot
Berkesan Bergerak Mengekal prestasi
(moving) (cruising)
Berkembang dengan sederhana
(strolling)
Tidak berkesan Merangkak Tenggelam
(struggling) (sinking)
Bergerak
Quadran ini menunjukkan bahawa sekolah adalah
berkesan dan meningkat. Kemajuan dan pembangunan pelajar dipertingkatkan. Semua
warga sekolah bekerja bersama-sama dalam menghadapi perubahan. Setiap warga
sekolah mengetahui hala tuju sekolah dan mempunyai kehendak serta kemahiran
yang mencukupi untuk mencapainya. Mereka mempunyai norma untuk meningkatkan
sekolah.
Mengekalkan prestasi
Bagi kategori ini, sekolah dianggap
berkesan tetapi kurang nilai dalam pendidikannya. Pelajar berupaya mencapai
kejayaan walaupun pengajaran tidak berkualiti. Sekolah tidak menyediakan
pelajar untuk menghadapi perubahan dunia dan mempunyai norma yang kuat untk
menghalang perubahan.
Berkembang dengan sederhana
Sekolah mungkin cuba untuk menjadi lebih
baik tetapi perubahan yang dilakukan adalah sangat perlahan atau mungkin kurang
perancangan yang baik. Perubahan mungkin akan menjejaskan pencapaian pelajar.
Sekolah kadang-kadang mempunyai matlamat yang bercanggah dan menjadi penghalang
kepada penambahbaikan.
Sekolah yang merangkak adalah tidak berkesan
dari segi pencapaian pelajar tetapi berusaha untuk meningkat. Sekolah tidak
produktif dan memerlukan tenaga yang banyak untuk memperbaiki pencapaian.
Sekolah ini akhirnya boleh mencapai kejayaan kerana mempunyai kemahuan,
walaupun kekurangan kemahiran. Sekolah ini sering dianggap gagal atau demotivate
Subscribe to:
Posts (Atom)