If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let
itself be boiled to death. We too, will not survive if we don't respond to the
radical way in which the world is changing" Charles Handy...
Pernyataan ini menunjukkan jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku yang sentiasa menekan diri sendiri, kita akan mati. Ini
menggambarkan keadaan di sekolah yang perlu menangani kehendak masyarakat.
Soalannya apakah perubahan pada hari ini yang memerlukan warga sekolah
berubah? Adakah sekolah anda memastikan perkara ini berlaku sekiranya anda
seorang pemimpin sekolah?
Jawapan :
Pada pendapat saya, sekolah memang perlu membuat perubahan mengikut keperluan dan perubahan globalisasi. Saya teringat kata-kata dari Micheal Fullan (1992) yang mengatakan bahawa "although all change is not improvement, all improvement involves change". Ini menunjukkan bahawa untuk membuat penambahbaikan sesebuah sekolah sememangnya perlu membuat perubahan terlebih dahulu.
Perubahan semasa yang saya maksudkan di sini adalah seperti keperluan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (p & p), kemudahan penggunaan internet di bilik darjah, membina hubungan dengan sekolah lain di peringkat antarabangsa, penggunaan laptop atau IPad dalam kalangan pelajar dan sebagainya.
Saya berpendapat bahawa guru-guru perlu berubah untuk menjadi lebih kreatif terutama dalam p&p. Para pelajar pada hari ini tidak lagi gemar mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Mereka mudah merasa bosan dan mengantuk di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya guru mengubah cara pengajaran. Salah satu cara adalah guru tidak lagi mengajar sebaliknya meminta pelajar pula yang menyampaikan pengajaran. Pelajar perlu memahami dan membuat rujukan terlebih dahulu tentang topik yang hendak disampaikan. Pelajar perlu memastikan rakan-rakannya mendapat apa yang ingin disampaikan. Guru pula bertindak sebagai pemudah cara dan memperbetulkan konsep yang salah. Untuk menjayakan langkah ini, guru mestilah lebih terbuka dan mempercayai bahawa pelajar mampu melakukannya.
Saya juga berpendapat bahawa seorang pendidik seharusnya up to date dengan teknologi terkini atau sekurang-kurangnya mahir dalam penggunaan komputer dan software. Guru tidak sepatutnya mengatakan bahawa dia tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer. Kemahiran menggunakan komputer dan internet dapat membantu guru membuka minda mereka terhadap dunia luar yang serba mencabar.
Selain daripada itu, saya juga merasakan bahawa guru perlu mengubah sikap mereka yang lebih mementingkan pencapaian kelas masing-masing dan kurang perasaan ingin berkongsi dengan orang lain (sharing). Sesungguhnya, perkongsian ilmu itu memberi manafaat kepada ramai orang dan sangat dituntut oleh agama Islam.
JIka saya merupakan pemimpin sekolah, perubahan-perubahan seperti inilah yang saya akan laksanakan.Namun begitu, perubahan-perubahan ini tidaklah dilakukan secara drastik. Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk memastikan guru-guru menerima rasional perubahan yang ingin saya laksanakan.
No comments:
Post a Comment