|
Tajuk
artikel
|
Impact
of Professional Development on the Performance of Secondary School
Principals: A Managerial Perspective
|
|
Penulis
|
Syed
Manzoor Hussain Shah, Nareed Sultana, Khawaja Sabir Hassain, Imtiaz Ali
|
|
Tahun
|
Disember
2011
|
|
Terbitan
/ Jurnal
|
International
Journal of Management
|
Ulasan
Saya
berpendapat bahawa seorang pengetua perlu diberi latihan kepengetuaan terlebih
dahulu sebelum beliau memulakan tugas sebagai pengetua. Latihan kepengetuaan
yang diberi sebenarnya banyak membantu pengetua dalam menjalankan tugasnya yang
baru. Kepimpinan pengetua akan lebih berkesan sekiranya beliau mempunyai ilmu
kepimpinan yang diperoleh secara formal. Walaupun ada pengetua yang dapat
menjalankan tugas-tugas pengetua dengan baik dan berkesan tanpa sebarang
latihan yang formal namun bilangannya adalah sangat sedikit. Kebanyakan
pengetua yang tidak menerima latihan secara formal ini lebih menumpukan kepada
tugas mengurus sekolah dan tidak begitu menghiraukan tentang proses pengajaran
dan pembelajaran, penyeliaan, pembangunan profesional guru dan staf dan
macam-macam lagi.
Latihan
atau pembangunan profesional bukan sahaja diperlukan sebelum pengetua memegang
jawatan, tetapi latihan yang berterusan juga perlu diberi. Seorang pengetua
mestilah sentiasa up to date dengan
sebarang perubahan dan kepimpinan untuk menambah baik tugasnya.
Sebagai
pengurus sekolah, pengetua sememangnya memerlukan latihan profesional dalam
pengurusan untuk membantu beliau merancang, mengelola, dan mengawal aktiviti
sekolah. Latihan ini juga dapat membantu pengetua menggunakan segala sumber
yang ada dengan cekap dan berkesan serta mampu membina wawasan yang selari
dengan dasar dan polisi kerajaan.
Dalam pengurusan akademik pula, latihan profesional dapat membantu pengetua menerapkan kemahiran mengagih mata pelajaran yang sesuai dengan kemahiran profesional guru. Misalnya guru yang mengambil subjek Matematik sebagai subjek utama di universiti atau maktab, diberi tugasan mengajar subjek Matematik di sekolah. Pengetua juga memerlukan kemahiran bimbingan dan kaunseling untuk diberi kepada para pelajar dan juga guru. Selain daripada itu, pengetua juga perlu dilatih dengan kemahiran mengelola dan mengendalikan peperiksaan dalaman dan luaran, mengurus dan menyelia semua kegiatan kurikulum dan kokurikulum dalam suasana yang kondusif. Proses ini dapat membantu meningkatkan prestasi guru dan juga kecemerlangan pelajar.
Sebagai pengurus personel, pengetua harus tahu tentang proses pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru. Pengetua juga perlu dilatih untuk membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari semasa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja mereka. Pengetua juga harus tahu untuk menentukan tugasan dan bidang kerja serta menyelia staf-stafnya sepanjang tahun supaya penilaian prestasi yang adil dan saksama dapat dibuat untuk semua staf.
Dalam pengurusan kewangan, pengetua perlu dilatih dan dibimbing untuk menentukan anggaran perbelanjaan tahunan sekolah, mengawal dan menyemak perbelanjaan per kapita, penyimpanan rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan. Pengetua juga perlu merancang dengan bijak penggunaan dana secara optimum untuk kecemerlangan sekolah.
Seterusnya, pengetua juga perlu diberi kemahiran komunikasi dan perhubungan awam. Latihan profesional ini adalah untuk membolehkan pengetua menjalin hubungan baik antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat. Ibu bapa dan komuniti setempat perlu diberi perhatian kerana mereka merupakan salah satu sumber dana dan pelaksanaan aktiviti. Pengetua juga memerlukan kemahiran membuat keputusan yang rasional untuk sekolah dan jabatan-jabatan yang tertentu. Ini juga perlu untuk menangani konflik yang wujud di kalangan stafnya dengan berkesan untuk mengekalkan keharmonian di sekolah.
Kesimpulan
Keberkesanan
sesebuah sekolah bergantung kepada keberkesanan kepimpinan pengetua mengendalikan
seluruh sekolah termasuk segala sumber yang ada. Oleh yang demikian,
pembangunan profesional seorang pengetua seharusnya di titik beratkan dan
hendaklah betul dan tepat dengan tugas seorang pengetua. Pendidikan yang tinggi
tidak menjamin seseorang pengetua dapat menjalankan tugasnya secara berkesan. Pengetua
memerlukan latihan profesional yang praktikal dan boleh membantu beliau
melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan.
No comments:
Post a Comment