Tajuk
artikel
|
How
does leadership affect student achievement? Results from a
national US survey
|
Penulis
|
Karen
Seashore Louis*, Beverly Dretzke and Kyla Wahlstrom
|
Tahun
|
September
2010
|
Terbitan
/ Jurnal
|
Routledge
Taylor and Francis Group
School Effectiveness and School
Improvement : An International Journal of Research, Policy and Practice
|
Kajian
yang telah dilaksanakan di Amerika Syarikat ini memberi fokus kepada
sifat-sifat kepemimpinan pengetua yang
memberi kesan kepada guru dan tugas mereka serta menyumbang kepada pencapaian
pelajar. 3 sifat kepimpinan yang diberi fokus adalah perkongsian kepimpinan
dengan guru, membangunkan kepercayaan dalam hubungan professional dan
menyediakan sokongan terhadap penambahbaikan dalam arahan. Pengkaji mempercayai
bahawa ketiga-tiga perkara ini akan memberi kesan kepada tugas guru antara satu sama lain dan juga
terhadap amalan pengajaran mereka. Pengkaji juga berpendapat bahawa tingkah
laku pengetua juga menyumbang kepada pencapaian pelajar.
Ulasan
Ciri-ciri
kepimpinan yang dikaji merujuk kepada kepemimpinan instruksional. Menurut
Blaise and Blaise (1998) kepimpinan instruksional merupakan gabungan
penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum yang berkait rapat
dengan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesional
guru dan perkembangan pelajar.
Kepimpinan
instruksional haruslah melibatkan perbincangan dengan guru iaitu menggalakkan
perkembangan profesional guru, membina kemahiran refleksi kendiri guru,
prihatin terhadap hasil kerja guru, memberi motivasi dan autonomi. Pengetua
juga seharusnya mahir dalam pemerhatian kelas, kaedah pengajaran dan
pembelajaran, memahami dan menganalisis data P&P, mempunyai kemahiran
berkomunikasi dan memahami latar belakang guru. Kesemua perkara ini adalah
perlu untuk membolehkan pengetua mengadakan perbincangan yang berkesan dengan
guru-guru.
Pengetua
yang mahir dalam pemerhatian kelas dan kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu guru untuk membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran mereka.
Kemahiran pengetua dalam memahami dam menganalisis data P&P membantu guru
agar lebih prihatin terhadap keberkesanan P&P mereka. Dengan memahami latar
belakang guru, pengetua dapat membina kepercayaan terhadap guru dan memberi
autonomi kepada mereka.
Membina
kepercayaan terhadap guru adalah perkara penting dalam kepimpinan. Jika
pengetua tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada guru menyebabkan guru
sukar untuk bekerja. Syak wasangka terhadap guru akan menimbulkan kesusahan dan
kesulitan untuk guru bekerja dan bertindak. Guru juga menjadi tidak selesa dan
akibatnya, hubungan guru dan pengetua menjadi renggang atau tidak baik
langsung.
Sebagai
peneraju utama sesebuah sekolah, pengetua mestilah seorang yang mempunyai
fizikal yang cergas dan emosi yang stabil. Pengetua juga mestilah seorang yang
berwawasan dan mempunyai keazaman yang tinggi. Paling utama, pengetua mestilah
bersikap positif, kreatif dan inovatif agar dapat membantu guru menyalurkan
idea yang kreatif dan inovatif juga.
Pengetua
yang senang didekati seharusnya mempunyai komunikasi yang berkesan dan
bermotivasi dan seterusnya hubungan baik dengan guru dapat dibentuk. Ramai
pengetua berpendapat bahawa membina hubungan baik dengan guru menyebabkan guru
akan pijak kepala mereka. Ini adalah tidak benar. Saya berpendapat bahawa jika
pengetua mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan staf, apa sahaja yang
tugasan yang diberikan oleh pengetua kepada guru adalah sukar guru menolaknya.
Selain
daripada itu, hubungan yang baik dengan guru memudahkan pengetua membentuk
kerja berpasukan dan bermusyawarah. Pengetua juga akan merasa lebih mudah hendak
mengawal aktiviti-aktiviti di sekolah. Pengetua seharusnya menjadi model kepada
guru dan pelajar. Pengetua yang berkarisma menyebabkan guru, staf dan pelajar
menghormati dan merasa segan dengannya.
Pengetua
juga hendaklah menggalakkan pembangunan profesional di kalangan guru-gurunya.
Pengetua hendaklah menyediakan program latihan pembangunan staf yang sesuai
dengan keperluan guru. Jika ada guru yang mempunyai inisiatif untuk
meningkatkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi, adalah menjadi
tanggungjawabnya untuk memberi sokongan dan kemudahan kepada mereka.
Kesemua
ciri kepimpinan pengetua yang dinyatakan di atas di dapati boleh membantu
meningkatkan prestasi pelajar secara langsung dan juga tidak langsung.
Kesimpulan
Pengetua
seharusnya mempunyai budaya peningkatan ilmu yang berterusan untuk dirinya
sendiri dan juga guru-gurunya. Pengetua hendaklah sentiasa membuat refleksi diri
untuk menangani masalah, isu dan juga cabaran yang timbul. Ilmu pengetahuan
yang tinggi dalam kurikulum dan pedagogi seperti pencerapan, penyeliaan dan
pengurusan kelas dapat membantu pengetua menjalankan tugasnya dengan berkesan.
Selain
daripada itu, memupuk budaya kerja berpasukan dan permuafakatan dalam membuat
keputusan menjadi teras kepada kejayaan sekolah. Kemahiran komunikasi yang
berkesan membantu pengetua menjalin hubungan baik dengan warga sekolah dan
komuniti. Pengetua yang menganggap kerjanya sebagai suatu ibadah lebih mudah
menangani masalah seharian yang timbul.
No comments:
Post a Comment