|
Tajuk
artikel
|
Educational quality differences in a
middle-income country : The urban - rural gap in Malaysian primary schools
|
|
Penulis
|
Mariam
Othman & Daniel Muijs
|
|
Tahun
|
Julai
2012
|
|
Terbitan
/ Jurnal
|
Routledge
Taylor and Francis Group
School Effectiveness and School
Improvement : An International Journal of Research, Policy and Practice
|
Artikel
ini ditulis berdasarkan kajian yang dilakukan di Malaysia yang ingin melihat jurang
perbezaan di antara sekolah di luar bandar dan
sekolah di bandar dari segi sumber pendidikan, iklim sekolah, kepemimpinan
dan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.
Ulasan
Dalam
satu majlis pecah tanah di negeri Johor, Timbalan Perdana Menteri yang juga
merupakan Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa pencapaian pelajar di
sekolah luar bandar adalah lebih rendah berbanding sekolah di kawasan bandar.
Beliau menyatakan bahawa kemungkinan terdapatnya jurang ini adalah disebabkan
oleh infrastruktur yang tidak lengkap, kurang peralatan, kualiti guru, kurang
guru, persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai atau sikap ibu bapa yang
menyebabkan anak-anak hilang tumpuan terhadap pelajaran. Oleh yang demikian,
kerajaan sedang mengambil langkah-langkah untuk merapatkan jurang tersebut.
Melalui
kajian ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara
sekolah di luar bandar dan di bandar, dari
segi sumber pendidikan, kepemimpinan sekolah
dan penglibatan ibu bapa. Di Malaysia semua sumber pendidikan seperti
kemudahan, bahan-bahan pengajaran, gaji dan kelayakan guru-guru adalah
diagihkan secara sama rata di semua sekolah tidak kira sama ada sekolah di
bandar atau di luar bandar.
Walau
bagaimanapun, sekolah luar bandar didapati mempunyai iklim sekolah yang sedikit
berbeza daripada iklim sekolah di bandar. Iklim sekolah yang dimaksudkan di
sini merujuk kepada beberapa perkara iaitu kekaburan tugas, kuasa yang berpusat
dan formal, suasana kerja, pencerapan, pembangunan kerjaya, penglibatan dalam
membuat keputusan dan persepsi guru dan juga pelajar. Guru-guru di sekolah luar
bandar merasakan bahawa mereka kurang diberi pengupayaan (lack of empowerment) terutama dalam membuat keputusan. Kemungkinan
juga perbezaan iklim ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap
ciri-ciri pelajar luar bandar seperti status sosioekonomi.
Kebanyakan
guru menyedari bahawa mereka perlu memberi lebih perhatian terhadap proses pengajaran dalam memastikan pengajaran
berkualiti. Mereka juga menyedari kepentingan untuk menambah baik
profesionalisme keguruan dalam meningkatkan kualiti pengajaran. Namun begitu,
guru-guru tidak kira sama ada di sekolah luar bandar mahupun di sekolah bandar adalah
sangat terbeban dengan tugas-tugas lain yang tidak berkaitan dengan tugas
hakiki mereka iaitu mengajar. Keadaan ini menjadi kekangan kepada guru-guru
untuk menjadi lebih fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati
bahawa 50% daripada masa guru-guru digunakan untuk tugas-tugas yang tidak
berkaitan dengan pengajaran.
Jika
keadaan ini tidak ditangani dengan segera akan menyebabkan guru-guru merasa
stress dan akhirnya boleh menyebabkan "burn-out". Jika guru merasa
tekanan, kualiti pengajaran akan menurun dan boleh memberi kesan negatif kepada
pencapaian pelajar. selain daripada itu, Guru-guru yang di hantar ke kawasan
luar bandar kebanyakannya tidak rela untuk berkhidmat di tempat-tempat
tersebut. Mungkin ini juga menjadi faktor guru-guru di kawasan luar bandar
tidak menunjukkan kualiti pengajaran dan prestasi yang baik.
Selain
daripada itu, kesan tugas yang terlalu banyak dan sentiasa hadir
bertimpa-timpa, menyebabkan guru hilang minat untuk meningkatkan pembangunan
profesionalisme mereka. Kesibukan guru pada hari ini menyebabkan guru mengambil
keputusan untuk tidak menyambung pelajaran dan mengharapkan pihak sekolah atau
kementerian yang menguruskan hal perkembangan kerjaya mereka. Jika pihak
sekolah tidak mengambil kisah akan hal ini maka guru tersebut akan kekal begitu
tanpa penambahan ilmu pengetahuan.
Kajian
ini juga mendapati bahawa persepsi guru juga memainkan peranan penting dalam
menentukan kualiti pengajaran di sekolah. Pada pendapat saya persepsi yang
dimaksudkan ini adalah persepsi guru terhadap mata pelajaran tertentu yang
dianggap penting dan sebaliknya. Tidak dinafikan bahawa sesetengah guru
menganggap bahawa mata pelajaran mereka sahaja yang bagus dan penting serta
perlu diberi kemudahan, manakala mata pelajaran lain tidak penting dan tidak
perlu diberi penekanan. Sikap sebegini juga boleh menyebabkan kualiti
pendidikan dan pencapaian pelajar berada pada tahap yang rendah. Perlu diingat
bahawa setiap mata pelajaran mempunyai peranannya masing-masing terhadap
pencapaian pelajar. Kejayaan pelajar tidak diukur berdasarkan satu-satu mata
pelajaran sahaja.
Persepsi
guru terhadap pelajar di sekolah luar bandar dan sekolah di kawasan luar bandar
juga memainkan peranan penting. Guru di kawasan luar bandar lebih cenderung
mempunyai persepsi negatif terhadap pelajar mereka terutamanya jika pencapaian
pelajar itu kurang. Sebagai guru adalah perlu untuk menyelidiki latar belakang
pelajar dan keluarganya yang
rata-ratanya berpendapatan rendah. Persepsi
ini bahawa pelajar luar bandar tidak berminat untuk belajar perlu
diubah.
Persepsi
bahawa pelajar sekolah luar bandar sememangnya tidak boleh berjaya seperti
sekolah di kawasan bandar juga perlu
dikikis dan dibuang jauh dari hati guru-guru. Guru seharusnya berusaha
bersungguh-sungguh untuk membantu
pelajar misalnya dengan mengadakan kolaborasi dengan sekolah-sekolah di kawasan
bandar. Perkongsian ilmu boleh membantu motivasi guru dan juga pelajar.
Kesimpulan
Saya
berpendapat bahawa keadaan sosioekonomi pelajar tidak boleh dijadikan alasan
kenapa pelajar di kawasan luar bandar mempunyai pencapaian yang lebih rendah
berbanding sekolah di kawasan bandar. Dari segi infrastruktur, kerajaan telah
berusaha untuk memberikannya secara adil dan saksama. Segalanya terpulang
kepada guru untuk meningkatkan pencapaian pelajar atau pun tidak. Beban tugas
guru perlu dikaji semula dan diberi perhatian serius kerana gurulah yang akan
mendidik anak bangsa menjadi pemimpin. Jika guru mengalami stres bagaimana
ingin membangunkan anak bangsa.
No comments:
Post a Comment