Tajuk
artikel
|
School Leadership that makes a
different : international perspectives
|
Penulis
|
Phillip
Hallinger dan Stephen Huber
|
Tahun
|
Disember
2012
|
Terbitan
/ Jurnal
|
Routledge
Taylor and Francis Group
School Effectiveness and School
Improvement : An International Journal of Research, Policy and Practice
|
Pengenalan
Artikel
ini ditulis dengan tujuan mengetahui gaya kepemimpinan pengetua yang mampu menjadikan
sesebuah sekolah itu berbeza daripada sekolah lain. Kajian-kajian yang
dilaksanakan adalah di Hong Kong, China, Netherlands, dan Amerika Syarikat.
Ulasan
Seorang
pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. Ia
boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih
hebat dan mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu
bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Untuk menangani
arus perubahan yang begitu pesat dan semakin kompleks serta dinamik dalam arena
pendidikan pada hari ini memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan yang
berkesan. Keberkesanan kepemimpinan pengetua menjadikan sekolahnya berbeza
daripada sekolah-sekolah yang lain.
Artikel ini
telah mencadangkan kepemimpinan agihan (distributed leadership) sebagai suatu
kepimpinan pengetua yang mampu untuk membawa perbezaan dalam kepemimpinan
pengetua dan memberi pengaruh yang positif terhadap keberkesanan sekolah.
Selain daripada itu, artikel ini juga
mendapati bahawa masa yang diperuntukkan oleh pengetua dalam aktiviti
kepimpinannya juga memberi kesan yang positif kepada pencapaian pelajar dan
pembangunan sekolah. Saya juga berpendapat bahawa pengetua seharusnya
melibatkan diri dalam semua aktiviti pelajar dan guru untuk menunjukkan
sokongan beliau kepada mereka. Sokongan dan keprihatinan pengetua sebenarnya memainkan
peranan yang besar dan memberi makna yang sangat mendalam. Kesudian pengetua
meluangkan masa dalam mana-mana aktiviti pelajar dan guru sesungguhnya amat
dihargai oleh mereka.
Walau bagaimana pun, daripada
kajian-kajian yang dilakukan di dapati bahawa jumlah masa yang diperuntukkan
oleh pengetua dan keberkesanannya adalah berbeza mengikut budaya di sesuatu
tempat. Keadaan ini di pengaruhi oleh ekonomi, sosiobudaya dan ciri-ciri
sesebuah institusi.
No comments:
Post a Comment