Tipologi Budaya
Sekolah telah diperkenalkan oleh Stoll dan Fink pada tahun 1996 yang memberi
fokus kepada keberkesanan semasa sesebuah sekolah. Mereka juga menyatakan
bahawa perubahan pesat yang dilakukan sesebuah sekolah berkesan menjadi lebih baik
atau lebih teruk. Kedua-dua konsep ini membolehkan budaya sekolah dinilai dalam
dua dimensi iaitu berkesan-tidak berkesan, dan meningkat-merosot seperti yang digambarkan
dalam rajah di bawah.
Meningkat Merosot
Berkesan Bergerak Mengekal prestasi
(moving) (cruising)
Berkembang dengan sederhana
(strolling)
Tidak berkesan Merangkak Tenggelam
(struggling) (sinking)
Bergerak
Meningkat Merosot
Berkesan Bergerak Mengekal prestasi
(moving) (cruising)
Berkembang dengan sederhana
(strolling)
Tidak berkesan Merangkak Tenggelam
(struggling) (sinking)
Bergerak
Quadran ini menunjukkan bahawa sekolah adalah
berkesan dan meningkat. Kemajuan dan pembangunan pelajar dipertingkatkan. Semua
warga sekolah bekerja bersama-sama dalam menghadapi perubahan. Setiap warga
sekolah mengetahui hala tuju sekolah dan mempunyai kehendak serta kemahiran
yang mencukupi untuk mencapainya. Mereka mempunyai norma untuk meningkatkan
sekolah.
Mengekalkan prestasi
Bagi kategori ini, sekolah dianggap
berkesan tetapi kurang nilai dalam pendidikannya. Pelajar berupaya mencapai
kejayaan walaupun pengajaran tidak berkualiti. Sekolah tidak menyediakan
pelajar untuk menghadapi perubahan dunia dan mempunyai norma yang kuat untk
menghalang perubahan.
Berkembang dengan sederhana
Sekolah mungkin cuba untuk menjadi lebih
baik tetapi perubahan yang dilakukan adalah sangat perlahan atau mungkin kurang
perancangan yang baik. Perubahan mungkin akan menjejaskan pencapaian pelajar.
Sekolah kadang-kadang mempunyai matlamat yang bercanggah dan menjadi penghalang
kepada penambahbaikan.
Sekolah yang merangkak adalah tidak berkesan
dari segi pencapaian pelajar tetapi berusaha untuk meningkat. Sekolah tidak
produktif dan memerlukan tenaga yang banyak untuk memperbaiki pencapaian.
Sekolah ini akhirnya boleh mencapai kejayaan kerana mempunyai kemahuan,
walaupun kekurangan kemahiran. Sekolah ini sering dianggap gagal atau demotivate
No comments:
Post a Comment