Dalam sesebuah sekolah, sesuatu perubahan itu dilakukan demi kemajuan sekolah dan sumber tenaga manusia yang menggerakkan sekolah tersebut. Perubahan dalam sekolah adalah sesuatu yang tidak dapat dihindarkan. Perubahan membawa maksud proses penukaran daripada apa yang sedia ada ke arah kebaikan ataupun sebaliknya.
Apabila perubahan dilakukan, sekolah akan berdepan dengan pelbagai ragam guru dan pelajar yang mungkin menyetujui perubahan dilaksanakan ataupun menentang perubahan berkenaan. Oleh yang demikian, sesuatu perubahan yang dilaksanakan di sekolah perlu dirancang dengan rapi supaya ia boleh diterima dan mendatangkan hasil yang positif. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk menerangkan secara terperinci sebab mengapa perubahan perlu dilakukan agar ianya mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pihak. Di samping itu, guru dan pelajar juga boleh bersedia untuk menghadapi risiko akibat perubahan yang dilakukan dan mengatasi halangan-halangan tertentu secara bersama.
Terdapat beberapa langkah dalam menjana perubahan sekolah. Sekolah perlu terlebih dahulu mengiktiraf keperluan untuk perubahan. Terpulang kepada sekolah sama ada mahu menjalankannya secara formal atau tidak formal. Maklumat formal boleh diperolehi melalui kajiselidik, manakala maklumat tidak formal pula bergantung kepada situasi-situasi tertentu seperti prestasi, ketidakhadiran dan sebagainya. Apabila terdapat penentangan terhadap perubahan, ianya mungkin ditonjolkan melalui perlakuan seperti produktiviti menurun, malas bekerja, dan sebagainya. Persetujuan daripada guru dan pelajar dalam sekolah perlu diambil agar tidak akan ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap pembaharuan yang cuba dilakukan. Mereka juga perlu diberi kebebasan untuk menyatakan ketidakpuasan hati sekiranya perubahan dijalankan agar ianya boleh diperbaiki terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Apabila maklumat tersebut diperolehi, sekolah perlu diagnosis masalah iaitu menganalisis simpton-simpton yang diperolehi dengan cara mencari jawapan kepada setiap persoalan yang dikaji. Sekolah perlu mencari punca masalah, sebab-sebab perubahan diperlukan, dan matlamat yang dijangkakan terhadap perubahan. Proses ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti soal selidik, temubual, pemerhatian langsung, dan buku rekod guru. Seterusnya, sekolah perlu membina alternatif perubahan. Pembentukan alternatif perlu berdasarkan kepada masalah yang dihadapi dan keadaan semasa seperti mengikut budaya, kepimpinan, dan struktur sekolah. Pada tahap ini, adalah penting bagi sekolah untuk menyelidik dan mengkaji sedalam-dalamnya sesuatu masalah sebelum pembentukan alternatif dibuat. Seterusnya, sekolah perlu membuat pilihan strategi perubahan. Dalam usaha memilih alternatif-alternatif tersebut, terdapat tiga pendekatan iaitu satu pihak, berkongsi keputusan, dan menurunkan kuasa. Kaedah satu pihak di mana sekolah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan sendiri dan keputusan yang dibuat tidak melibatkan pihak lain. Kaedah kongsi keputusan pula, sekolah akan membuat keputusan dengan meminta pendapat dan persetujuan daripada pihak lain dalam sekolah. Manakala, kaedah penurunan kuasa pula di mana pemimpin akan menurunkan kuasa kepada orang bawahan untuk membuat keputusan bagi sekolah. Proses perlaksanaan dan penilaian pula perlu diteliti dua perkara iaitu skop skala perubahan yang betul di mana perubahan yang dilakukan perlu mempunyai halatuju ke arah matlamat yang ditetapkan. manakala masa dan keadaan yang sesuai amat penting dalam perubahan kerana ketidak sesuaian masa akan membawa kesan buruk kepada perubahan.
No comments:
Post a Comment